March 22, 2011

Fiqh Do’a

Filed under: Uncategorized — Hjsmael @ 2:07 am

April 2, 2010

Bila Boleh Jumpa Bos?

Filed under: Uncategorized — Hjsmael @ 5:02 pm

Kenapa nak jumpa bos?

Ada… lah tujuannya!

Kalau boleh nak minta sesuatu…!

Nak minta itu… nak minta ini… Banyak jugak lah yang nak diminta kalau boleh!

Malangnya dia sibuk! Kadang-kadang pulak tu… mood tak baik, macam mana nak minta!

Nak terus jumpa bos yang lebih tinggi… mana boleh! nanti bos kecik marah sebab langkah kepala dia pula… Tapi bos besar lagilah sibuk!

Jadi kena tunggu masa yang sesuai juga lah untuk mengadap bos kecik tu! Lepas tu kalau perkara yang di luar bidang kuasa dia, dia pun kena bawa perkara tu mengadap bos besar dulu… Ooi susahnya nak minta apa-apa dari bos-bos ini!

Tapi anak-anak abah… jangan lupa…

Ada Bos yang paling mudah untuk kita mengadap dan minta apa-apa pun. Bahkan Dia sentiasa menunggu-nunggu kita datang jumpa Dia untuk mengadu dan meminta.

Itulah bos yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Pemurah! Bos yang paling power dalam Malaysia ni pun sebenarnya Boss yang Maha Agung ini lah yang kontrol!

Bos yang Maha Agung ini bukan sekadar kontrol dalam pejabat yang kita kerja! Bukan juga sekadar berkuasa dalam Malaysia! Bukan juga sekadar berpengaruh dan berkuasa di dunia seperti bos USA tu! Bahkan segala kerja-kerja yang presiden-pesiden, PM-PM, raja-raja dan sultan-sultan ini buat, semuanya Dia Maha Tahu! Dan Dia lah yang Maha Mengatur segala-galanya.

Kita ada direct access dengan Dia, tau?

Kalau gitu, paling mudah, sentiasalah mengadu dengan Bos yang Maha Hebat ini! kerana Dia Maha Available anytime! Dan Dia adalah Maha Memakbulkan doa-doa seperti janjiNya:

“Dan telah berkata Tuhanmu, Mintalah pada Aku nescaya Aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mengabdikan diri kepadaKu mereka akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan hina-dina” – Maksud surah Ghaafir:60

Malangnya ramai di kalangan kita tak ambil endah bila Dia panggil mengadap. Dia nakkan kita jumpa Dia bukan untuk kepentingan Dia (kerana Dia tidak memerlukan sesiapa), tapi semata-mata untuk kepentingan kita. Dia nak dengar aduan dan permintaan kita. Paling tidak pun 5 kali sehari.

Mahu kah bos kecik yang di pejabat kita kerja tu terima kita 5 kali sehari? Dia akan kata “Banyak kerja lain lagi yang aku nak buat… Jangan dok kacau aku!”

Dia (Bos Maha Agung) suruh muazzin(tok bilal) panggil kita… pakai loud speaker lagi! “Datanglah ke Rumah Aku!, Datanglah ke Rumah Aku!… Datanglah jumpa Aku… Aku nak bagi kejayaan!, Datanglah jumpa Aku… Aku nak bagi Kejayaan!”

Malangnya ramai di antara kita tak ambil kisah pun dengan panggilan Bos yang Maha Berkuasa tu! Ada yang masih dok leka dengan TV, ada yang masih dok shopping di pasar malam, ada yang masih dok leka berniaga walau pun panggilan tu kita dengar dengan sejelas-jelasnya! Seolah-olah kita tak kenal pun siapa yang panggil tu! Seolah-olah kehidupan kita ini tak ada kena mengena pun dengan Dia! Seolah-olah nikmat kita boleh bercakap, boleh bekerja, boleh hidup mewah semuanya atas kekuasaan kita sendiri… tak ada kena mengena dengan Dia!

Begitulah lupa daratannya kita…

Berbanding dengan bos kita di pejabat…? Kalau dia panggil kita, dengan serta merta kita bingkas bangun dan pergi mengadap. Kalau lambat mesti kena marah!

Kita takut sangat akan kemurkaan bos kecik kita! Takut gaji tak naik… takut bonus kurang… takut kena buang kerja… nanti nak makan apa?

Peliknya kita tak takut kemurkaan Bos kita yang Maha Besar yang Maha Berkuasa Menetukan Segala-galanya. Kita tak ambil peduli akan perintah mengadapNya!

Anak-anak ku…

Layakkah Bos kepada segala bos-bos yang ada di bumi dan di langit, di seluruh planet-planet dan cakrawala-cakrawala yang juga Bos kepada segala makhluk yang kita nampak dan tak nampak, yaitu Bos yang Paling Agung ini, kita layan panggilan Dia seperti yang abah sebutkan tadi?

kaabah1

Anak-anak abah…

AWAS!!!… Itu lah di antara perkara-perkara syirik yang kita lakukan tanpa perlu pergi menyembah berhala di kuil. Kita telah mengagungkan selain Dia (ALLAH)! Kita lebih mengutamakan tv dari Dia! Kita lebih mengutamakan shopping dari Dia! Kita lebih mengutamakan perniagaan dari Dia! Kita ingat kita dapat rezeqi sebab kita yang cari… bukan Dia yang bagi!

Bertaubatlah…!!!

Dan ingatlah, SYIRIK adalah DOSA BESAR yang Allah tak akan memberi keampunan!!!

Tapi betapa Maha Pemurahnya ALLAH. Kepada abdi Dia yang engkarkan panggilan Dia pun… (sudah tentulah Dia Murka!), masih diberinya makan, minum, kekayaan, pangkat dan sebagainya! Padahal kalau kita sesama manusia, usahkan hamba… pembantu rumah kita di rumah atau staff kita di pejabat pun kalau kita panggil dia tak datang kita marah dan mengamuk!

Anak-anak abah yang abah sayang…

Takutilah Siksaan ALLah!…Ingat, ALLAH Maha Keras SiksaanNya dan juga Maha Menangguh SiksaanNya! Jangan ingat kita dikurniakan rezki di dunia ini kerana Allah redha dengan kita!

“Dia berfirman siapa saja yang engkar maka pasti Aku berikan juga dia bersenang-senang menikmati rezki itu bagi sementara (di dunia) kemudian akan aku paksa dia kepada siksaan api neraka. Itulah seburuk-buruk tempat kembali.” -Maksud Albaqarah:126(hujung ayat).

Yang paling kita takuti adalah apabila Dia tambah kesenangan hidup kita kerana kemurkaan Dia. Apabila kita sombong dengan ALLAH, Dia bagi kita dunia yang amat kita cintai ini sehingga kita menjadi lebih sesat dan terus sesat sehingga ke akhir hayat!

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.” -(Maksud dari Al An’am:44-45)

Anak-anak…

Seruan azan bukan sekadar menandakan masuknya waktu! Azan adalah arahan untuk pergi mengadapNya! Mengadap Boss kita yang Paling Berkuasa!

Dari Abu Hurairah r.a. katanya seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu dia bertanya “Ya Rasulullah! tidak ada orang untuk membawa aku ke mesjid (untuk solat berjamaah).” Lalu dia minta kepada Rasulullah supaya dia solat di rumahnya. Mula-mula Nabi s.a.w. membolehkannya, tetapi setelah orang itu pergi belum begitu jauh dia dipanggil semula dan Nabi bertanya “Adakah kedengaran seruan azan di rumah anda?” Jawab orang buta itu “Ya, dengar”. Lalu Baginda bersabda “Kalau begitu, penuhilah panggilan azan itu!” – Hadith sahih riwayat Muslim.

Kalau begitu lah keputussan Nabi terhadap orang yang buta, bagaimana pula keadaan kita yang cukup pancaindera? Sendiri mau fikir lah!

Orang-orang yang peka dengan seruan Allah tidak syak adalah orang yang di sukai Allah. Sudah tentulah dia sentiasa di dalam pemeliharaan Allah. Hatinya sentiasa di dalam keadaan tenang dan tenteram. Kehidupannya amat bahagia, segala-galanya Allah aturkan dengan begitu sempurna! Percayalah…solat1

Solat yang berkualiti itulah yang akan merubah diri kita menjadi insan yang lebih baik dan berjaya… bukan sekadar di kehidupan dunia yang amat singkat ini bahkan juga di kehidupan akhirat yang selama-salamanya!

Setiap kali kita tunaikan solat dengan ikhlas, selain dari mendengar aduan dan permintaan kita, Allah ampunkan segala dosa kita serta dikurniakan pula ganjaran Pahala. Nilai pahala bukan RM50.00, bukan RM5,000.00, bukan RM5juta bahkan tak setanding pun walau dengan seisi dunia ini! Di akhirat nanti, manusia akan terkejut dengan kurniaan Allah kepadanya. Terlalu besar berbanding dengan apa yang kita amalkan di dunia ini!

Peliknya, kalau ditabur duit RM5 pun ramai manusia yang akan berebut-rebut mendapatkannya, tetapi ganjaran Allah yang jauh lebih besar dari itu tak ramai yang ambil peduli.

Abah rasa kalau setiap kali orang pergi solat di mesjid dia diberi RM50, dengan banyaknya bilangan mesjid dan surau di Malaysia ini, mungkin tak cukup untuk menampung ramainya jemaah yang datang untuk bersolat!

RENUNGKAN LAH… DAN MULAKAN LANGKAH PERUBAHAN… SEMUGA HIDUP KITA DISELUBUNGI KEJAYAAN…!

Insya Allah di tulisan akan datang kita akan lihat pula bagaimana Allah memakbulkan doa kita.



Abah


Sekiranya anda ingin diberitahu apabila terdapat paparan artikel terbaru, sila isikan email anda di ruang yang disediakan di bawah dan klik subscribe.

_______________________________________________

Saya memberi jaminan email anda hanya akan digunakan untuk tujuan di atas dan tidak akan sekali-kali dibiarkan terdedahkan kepada pihak lain. Anda juga berhak untuk membatalkan langganan ini pada bila-bila masa.

Your email: